Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, September 02, 2010

Cuma..


Kelmarin berbahasa asing. Semalam berbahasa ibunda namun dalam nada sedikit sayu. Hari ini pula mode sederhana. Belum pasti mode apa yang sesuai digunakan. Baiklah. Hari ini tidur 2 jam sahaja. Diulangi. 2 jam sahaja. Rasa seperti baru saja tidur kemudian housemate menendang pintu bilik dengan penuh extreme. Aku jadi kaget. Biar betul perempuan ini? Larat pula dia menendang pintu bilik aku sampai ke tahap ithu. Mengagumkan. Ya, aku akui ithu. Aku pun merayu supaya dia berlalu pergi dan benarkan aku tidur semula. Aku sangkakan dia akan terus pergi dan bakal merealisasikan impian aku untuk tidur semula. Rupanya sangkaan aku salah. Terus dia ke dapur dan mengambil pisau saiz-seperti-parang yang sungguh menggerunkan. Hampir sahaja aku ditetaknya secara tiba². Memandangkan aku bijak, aku terus membaling helmet yang berada disisi aku terus ke kepalanya. Kepalanya berdarah. Aku terus tergaman. Ya, aku tahu aku kejam. Tapi setidak²nya, aku tidak membunuh. Mengeluh. Aku rasa seperti insan berdosa di pagi hari. Mengeluh lagi. Baiklah. Baiklah. Cukup lah menipu kau di perenggan yang pertama. Cerita sebenarnya begini.. Housemate aku cuma ketuk pintu dan suruh aku siap lima-belas minit lebih awal dari biasa. Mahu pergi print assignment sebelum ke kelas katanya. Turutkan sahaja. Huu~

Hari khamis seperti biasa kelas penuh sejak jam sepuluh pagi. 6 jam tiada henti. Ya, maksud aku non-stop lah. Jam 10 pagi hingga 4 petang. Jangan tanya aku kenapa jadual aku sedemikian. Salahkan anjing kerana tidak menyalak. Kemudian, anjing akan salahkan aku semula. *Ok, sila pura pura tak mengerti walaupun kau sememangnya tidak mengerti. AKU JUA!* T__T
Mood ke bazar ramadhan tiada hari ini. Dengan muka yang tiada perasaan, terus saja pulang ke rumah. Ha! Tapi menu aku sungguh special untuk berbuka hari ini. Kurma dua biji sama air. Comel. Ya, aku tahu. Tak perlu pening nak fikir mahu makan apa segala. Aku tak ada mood nak makan hari ni. Sungguh tidak seperti Fza Ibrahim yang selalunya perlakuan aku hari ini.

Telefon bimbit yang seperti tiada functionnya itu pun memang tiada fungsinya sejak pagi² buta lagi. Kredit tambahan pemberian Celcom juga mungkin boleh disimpan buat kenang²an di hari tua esok. Kalau lah fungsinya seperti KWSP. Boleh juga bershopping sakan kelak bila anak² semuanya kerja jauh dan tak ingin menjenguk aku di kampung. Ouh sayu..

Tiba tiba sahaja teringatkan kampung halaman. Balik sahaja nanti, mahu paksa abah beli pelita. Tapi tak tahu lah kalau sememangnya sudah ada dipasang di depan rumah setiap malam. Aku rindu sungguh zaman kecik² dulu bila mana setiap malam pasti akan bermain diluar bersama teman². Bunga api dan mercun. Semua tu aku lah supplier terbesar. Ya, aku tahu. Zaman kegemilangan sudah berlalu. Tapi betul. Aku rindu saat itu.

Ok, cukup entry hari ini. Aku mahu mandi.
Sebentar lagi mahu pergi berkungfu sama housemate. Ehh? 
Ouh tidak! Aku lupa. Beliau sedang berada di dalam bas menuju pulang ke kampung halamannya. T__T