Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, September 26, 2010

Bebelan masyuk tanpa arah tuju. Kau harus baca! Aku paksa kau! Grr~


Hye dan hye serta hye juga hye.


Iklan sekejap. Ini Taiping ya kawan². Hoo~

Ye, aku tak expect kau hye kat aku balik sebab aku tahu kau bukannya baca sampai habis pun karang. *mode emo secara paksaan. Huu~*
Sudah 5 hari tidak update blog kerana kemalasan mahu mengarang. Aku sudah lama aneh. Kenapa aku cepat bosan ya? Banyak sangat kah masa lapang aku? Rasanya macam tak. Selain assignment, aku pergi juga meeting serta training. Bila kat rumah, aku goreng gitar, study jugalah serta beberapa perkara lain. Kalau sudah stress, aku balik ke kampung halaman terus untuk tenangkan fikiran bila dengar mak atau abah membebel. Bila sudah sedikit 'insaf' dengan leteran, aku balik sini semula. Dengan harapan, sesuatu yang ajaib akan berlaku. Uhuu~

Mungkin pada yang sudah rajin bebenor membaca blog aku ni sejak dulu² kala, mesti sudah tahu betapa aku gila kan fotografi. Oleh itu, sila doakan aku dapat sebiji kamera impian dengan hasil titik peluh sendiri ya. Sila doakan aku boleh berjaya sampai satu hari nanti mampu jadi tauke LowYat tu. Haaaa.. Nanti bila kau mahu beli gadgets,etc disana, boleh refer blog aku untuk harga untuk mengkayakan aku lagi ya. Mungkin boleh bagi mark-up sama kau. Ehh.. Maksud aku diskaun. 
*cess! Terkantoi plak strategi sebenar aku. Grr~*

Iklan lagi. Ni bukan nuffnang ya. Kau tak perlu klik klik. T__T

Khamis lepas aku pulang sebentar ke kampung halaman. Bertemu doktor kerana kerinduan pada bau udara hospital yang melampau. Waww! Masa on the way mahu ke hospital, nampak babi kena langgar kereta sedang menggelumpur di tepi jalan. Abah berhentikan kereta dan kami tawarkan diri mahu membantu. Ok, tipu. Abah terus drive tanpa menghiraukan laungan manja babi berkenaan. Sebenarnya babi tu tak berbunyi apa pun. Saja mahu bagi kau teruja bila membaca. Ok, aku nampak kau senyum. Sila jangan lupa gosok gigi ya sebelum tidur sebentar lagi. 
*kalau kau faham lah. Adeh!* T__T
Kemudian, selesai jumpa doktor terus pulang. Mak buat rumah terbuka untuk colleagues beliau. Aku layan kan saja kerenah mereka. Soalan perkahwinan sekali lagi menjadi topik hangat. Aku buat seperti pekak saja. Sekian. Dah habis kemas semua, rest je la. Bila bosan², aku akan pergi mengganggu ketenteraman manusia dalam rumah. Bukan apa, sengaja cari pasal. Beberapa kali juga lah aku berebut laptop dengan abah. Almaklum, laptop sendiri tak reti² mahu bawa pulang, pergi ganggu laptop orang lain pula. Berat la! Hoho. Bila dah macam give-up tak dapat guna laptop, ugut abah akan rampas netbook pula. Pastu sesi balas membalas pun bermula la. Grr. Abah kejam. Nasib baik aku sayang gila kat abah. Tapi.. I'm gonna make sure that i'm going to win! Watch out you, abah! Saya tidak akan kalah kepada anda. Haha.

Aku sedang sedikit give-up dan kecewa dengan diri sendiri sebenarnya. Ahh.. Aku tahu aku akan okey dalam masa yang singkat. InsyaAllah. Mungkin tak perlu cerita dengan lebih detail disini. Cukup sekadar diri sendiri yang tahu serta beberapa insan yang agak penting dalam hidup aku. Apa pun, terima kasih mak sebab sejak semalam concern tentang keadaan anak comel mu ini. Siap dengan titipan strategi jahat lagi kita sudah plan tadi. Mak, you sangat rock lah! Terima kasih juga kerana lahirkan bayi comel yang sekarang sudah pun bersaiz gajah ni. Huu~ Oleh itu, sila jangan paksa saya kawen awal ya. Ehh? T__T Sesungguhnya, kamu sangat disayangi saya. Kamu kawan terbaik saya.
*walaupun aku selalu buat mak berleter untuk perkara yang sebenarnya tak perlu. Uhuu~*

Baiklah. Aku malas nak melayan perasaan di kala sendirian seperti pungguk rindukan bulan ini. Cewah ayat. Cess! Bukan jiwang la. Pinjam ayat novel masa tingkatan 2 dulu je. Tak sangka masih ingat. Ok cukup. Mari sambung kerja sekolah halaman seratus dua puluh lima tadi. Huu~

Nota Kaki Katak jiran kau:
Susah kan bila kita kena hidup berlandaskan penipuan pada diri sendiri? 
Ahh. Abaikan.

Tadaaa! Ni iklan jugak ke? Tah. Tapi ni katak jiran kau tadi. T__T