Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, September 30, 2010

Badan sakit, hati gembira! Err..


Cesss!!
Tajuk memang tak boleh terima kan? Haha.

Baiklah. Hari ini tidak mahu intro panjang² sampai melalut jauh² sebelum ke point yang sebenar. Bukan apa, nanti kau juga yang terguling jatuh atau mungkin juga ada kau kau yang sakit hati sebab aku mengarut terlalu panjang. Kalau nak tunggu aku mengarut, memang duration masa untuk dua siri doraemon tu pun tidak cukup bagi aku. Siapa juga yang akan kau persalahkan nanti? Aku juga kan? Kan? Kan?

Hurm, nampaknya introduction yang kau baca di atas pun sudah agak panjang. Marilah kita bercerita pula. Semalam dengan jayanya aku telah attend both meeting dan training. Ngahaha. Meeting ditukar masa ke jam 5 petang. Selesai saja test mandarin, terus berjoging ke tempat meeting. Ok, aku tipu. Kawan aku yang hantar. Ngee. Regional Conference is just around the corner. Minggu depan saja. Ya, hari sabtu. Tadi tak sempat nak jumpa lecturer sebab mahu bincangkan segala isi yang akan aku bebelkan sepanjang event itu berlangsung. Mungkin ahad ni kot baru jumpa. Ohh lupa. Aku emcee untuk hari ithu. Patah pinggang la aku nanti sebab harus berada di depan sepanjang masa. Harap² mereka bagi muka jika aku mahu pergi buang air di tandas. T__T
Selesai meeting, terus gerak pulang.

Malam pula, siap² jam 8 aku sudah tunggu di kampus. Jam 830malam, terus gerak beramai ramai ke gym tengah bandar sana. Bukan sebab mahu buat demonstrasi besar-besaran. Cuma mahu pergi training. Ha! Kat sini la puncanya aku sakit badan hari ni. Semalam kena fitness training gila² punya. Lompat, lari, tunggang terbalik semua. Boleh rasa darah naik sampai ke kepala. Nafas hampir saja terhenti. Pening terus kepala. Sumpah letih gila semalam. Peluh memang kau tak payah bayangkan la. Tapi yang aku concern cuma tahap stamina aku yang sudah semakin menurun. Ahh tidakk! Harus gain stamina yang banyak semula! Kena marah pula dengan kawan semalam sebab aku teruskan juga latihan stamina walaupun bibir dah biru. Muka aku pucat gila semalam. Itu menurut 2 orang kawan aku ni la. Aku tak pergi tengok cermin, malas melayan kerenah stamina yang kian kurang ni. Pakai body vest sama headgear, aku terus je redah. Bwahaha. Kau tak tahu betapa release nya tensen aku lepas busy seharian. PUAS! Satu ayat tu je boleh describe. Memang exhausted, tapi apa yang kau gain lepas tu memang terbaik. Habis saja training, baru sedar yang satu badan sudah sakit. Ada sorang ni juga, terus kejang kaki. Extreme training. Kerana ithu lah sebabnya.. T_T

Sampai saja rumah, terus muntah. HAHAHA. Lain kali sila makan dulu ya sebelum pergi training, Fza! Mana tak nya, satu hari tak makan semalam. Terkejar sini sana sebab banyak kerja. Ha, kau dan kau jua sila ingat ya. Makan dulu sebelum pergi bersenam atau training. Lepas tu pun kena makan juga. Perut kau tak boleh kosong. Huu~
Ithu lah cerita semalam. Habis tu, kenapa pula badan sakit hati gembira ehh? Senyum. Sebab.. Aku dah di select. Yeeeaaaayyy! Jumpa kau, kau dan kau nanti ya masa game! Hujung tahun ni. Game aku 16 - 29hb November kalau tak silap.
*lompat² dengan pom pom. Ngee..*
Tapi kalau kalah, mari lah gelakkan aku. Haha. Last aku masuk game masa aku habis form 5 masa Sukan Perak III dulu. Otot yang sudah semakin mengada ni harus di train semula. HARUS USAHA!! Huu~
*apo kebondonyo la budak Fizo ni? Haish!*

Ok, selesai sudah cerita derita gembira semalam. Heeee~ Cerita hari ni tak nak update. Nothing much. Malam ni ada sumber yang ajak pergi futsal. Dengan keadaan badan nenek kebayan seperti ini, tak mungkin aku harus pergi. Lain kali aku join ok? :)

Ok Fza, berhenti sekarang!

BAEKKKKK!! :D


Ehh, jap! Mahu letak picture. Hoy Dragonfly! Ini untuk kau! =)

Sekian, terima kasih. =D