Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, September 01, 2010

Alahai hati. Kenapalah dengan kau ni.. ='(


Hye kembali. Aku kembali lagi dalam bahasa ibunda. Huu. Ya, terpaksa layankan kerenah kepala memandangkan mood untuk berbahasa asing tiada hari ini. Mood nak mengarut pun macam kurang. Haish! T__T

Baiklah. Hari ini sudah skip kelas Sir Bad. Bukan sebab aku budak jahat, tapi sebab instict aku kuat mengatakan dia takkan mengajar hari ini. *hye, ithu alasan tak best lah, Fza!!* Erk. T__T  Maaf Sir Bad. Nanti saya belanja air tebu bazar ramadhan ok? Huu~ 
Entah kenapa, jantung ni berdegup dengan rentak lain sejak semalam. Bukan seperti selalu. Heart beat sejak semalam pantas sungguh dan hati rasa tak sedap. Aku rasa aku sedang risau tapi entah apa yang dirisaukan aku tak tahu. Sigh.

Marilah berterus terang. Ya, aku rasa ini salah satu sebab kenapa aku jadi tak keruan. Aku tak igt sama ada ini dua hari lepas atau pagi semalam. Aku mimpikan sesuatu. Ya, aku mimpi gigi aku patah. *tadhe gigi pun masih comel ok! Booo.. P e r a s a n !*. Setahu aku, bila kita mimpikan tentang perkara tu, petanda orang terdekat akan meninggal. Aku tak tahu. Sumpah tak sure. Cuma aku risaukan sesuatu. Aku ni jenis yang jarang bermimpi. Kalau mimpi pun, selalunya bila bangun tidur aku akan ingat dalam beberapa saat je. Kalau kau sergah aku, terus aku boleh lupa semua. T__T. The point here is, bila aku berjaya bermimpi, aku observe yang mimpi tu selalunya jadi kenyataan. Ouh no.. Ithu yang buat aku tambah risau. AMAT!

Semalam aku telefon mak. Rindu suara mak secara tiba². Aku ceritakan tentang mimpi aku. Mak tanya:

"Gigi atas atau gigi bawah?"
"Gigi atas"
Mak diam sekejap.
"Orang kata, kalau gigi atas, mungkin orang yang lagi tua dari Fza la.."
"Hish.. Tu kepercayaan karut. Mainan tidur je kot mak.."
"Tataw la. Ntah² mak??"
Aku diam. Terkejut. Air mata tiba² mengalir dalam diam.
"Takk! Mana ada! Mak ni mengarut la!"
"Mana la tahu.."
"Mak ni.. Mana ada lah!" 
*tahan sebak. Wuuu~*

Bla bla bla dan bla lagi... Pasthu cerita benda lain. Mak ada jugak cakap, tokwan tak sihat sangat semalam. Haish. Tokwan, jaga diri ya. Nanti raya Fza balik kampung jumpa tokwan. Senyum lebar² macam selalu taw! Huhu. Selesai semua, aku tekan button merah pada handphone. Lama terdiam. Tak mungkin. Sampai hari ni, bila aku bangun tidur aku masih cakap tak mungkin. 

Alahai hati.. Tolong lah jangan macam ni.. Pleaseee..? ='(