Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, August 23, 2010

Janji dengan aku, ya?


Satu hari nanti..
Kau mungkin akan tertanya²:

1. "Kenapa Fza Ibrahim sudah tidak update blog?"
2. "Kenapa Fza sudah tidak post lagu baru..?"
3. "Kenapa Fza langsung tidak update status di facebook?"
4. "Kenapa Fza langsung x balas komen dan mesej?"

Naaaahhh. Mungkin tidak.

Tapi untuk sesetengah orang penting pula, pasti lain pula keadaannya..
Soalannya mungkin begini:

1. "Kenapa Fza sudah tidak call..?"
2. "Kenapa Fza sudah tidak mesej langsung..?"
3. "Kenapa nombor Fza sudah tidak dapat dihubungi..?"
4. "Fza, Kenapa blog sudah tidak b'update dengan lagu² dan cerita² kita?"
5. "Kenapa Fza diam terus tanpa berita?"
6. "Kenapaa...?"

Mungkin. Aku tak pasti soalannya.

Tapi disatu saat, kau mungkin akan dapat jawapannya. Masa ithu, mungkin kau akan respon seperti ini:

1. "No wonder.."
2. "Patut la langsung tiada khabar berita.."
3. "Patut la sunyi terus blog dan facebook dia.."
4. "Patut la dia dah tak datang kelas.."

Expresi kau masih sama sekarang, bukan?
Baiklah, bagaimana dengan yang ini?


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

"Moga roh Fza sentiasa dicucuri rahmat.. "

Ya. Aku nampak ekspresi muka kau sekarang.
Sudah berubah. 

Kalau boleh, jangan lupakan aku terus, boleh?
Janji ya..?