Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, August 29, 2010

Penang lagi.


Ya, semalam aku ke Penang lagi. 
Teman si Jebon menghantar aweknya pulang ke USM setelah puas melepas batuk di tangga. Err.. Maksud aku, melepas rindu di hati. Huu~ Mereka bercengkerang di depan. Ok, aku tahu. Mereka tidak bercengkerang namun bercerekarama di bahagian hadapan kereta, sedangkan aku menangis seorang diri di belakang dalam keadaan dengki khianat. Ehh..?? Tipu tipu. Dusta belaka! Haha. Aku dibelakang cuma melihat dan membalas kata² si Jebon yang cuba mendustai aku dengan kelentong²nya yang seringkali buat aku terpedaya. Haha. Not this time. 
*Aku kan sudah semakin bijak. Ngee.. =P*

Sudah sampai ke USM, terus aku roger inchek Nabil Afif. Ya, crime partner terhandal dikala belajar di Shah Alam dulu. Jumpa lah beliau sebentar sama Syahmi serta Aliff. Syahmi dan Aliff batch sama aku dulu tapi mereka kampus Melaka, tapi sudah kenal lama sejak pergi BTN dulu. Kesemua mereka sengal. Hampir runtuh jua cafe Kolej Tekun tu menahan gelak tawa kitorang yang seperti mengilai ngilai. HAHAHA. Mungkin USM menggunakan bahan konkrit terbaik, makanya, lebih kukuh struktur bangunan tersebut. T__T
*Jadahnya Fza? Kau fikir kau engineer bangunan? Huu~*

Selesai saja mengarut, Jebon hantar awek bliau ke hostel dan terus gerak pulang. Waahh.. Si Jebon asyik sungguh bercherita hingga aku tak sedar bila aku terlelap. haha. Sorry Jebon. Tapi atleast aku teman sampai selamat pulang, kan? =)

Sekarang baru habis kelas yang bermula jam 8am tadi. Jadi, aku mahu tidur sekejap. Pukul 4 kang ada kelas lagi. Fuhh! Mari tidurrrr!!! T___T

Nota untuk awek si Jebon:
Malam tadi bliau bersungguh² beritahu saya yang beliau sayangkan anda amat!
Harap² korang kekal sampai ke hari tua. Boleh beri saya anak sedara seramai empat-belas orang. HAHA. Sila senyum lebar² sekarang ya! =)