Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, August 14, 2010

a k u .


Terdiam. 


Lama aku berfikir tentang diri sendiri.
Ya. Diri sendiri yang banyak kekurangan jika di banding dengan kelebihan. Terkedu. Tersentak. Semua aku dah rasa. Mengenang hari² lepas buat aku belajar dari kesilapan. Betul, aku tak seharusnya ambil mudah tentang hidup ni. Bukannya aku cuba jadi ahli falsafah tapi sudah menjadi kebiasaan aku akan berleter dalam bentuk penulisan jika aku malas m'lisankan sesuatu. Bukan aku malas berleter secara lisan sebenarnya, tapi kadang² pendengarnya tiada. T__T

Hidup. Haiz. Singkatnya. Dulu zaman kecil, ada juga aku cuba pakai t-shirt milik insan bernama abah. Meleret sampai ke lantai. Itu baru t-shirt sahaja. Betapa kecilnya aku saat itu. Manja betul dengan insan² yang aku kenali sebagai ahli keluarga. Sekarang dah besar panjang, nak jumpa adik sendiri pun sudah susah. Diri sendiri pun semakin lain memandangkan keadaan sekeliling yang berubah-ubah mengikut corak manusia sekarang. Bukan aku merungut, cuma terfikir.

Kau pernah sayangkan orang?
Aku? Pernah. Dulu, bila zaman mula² bercinta, bukan main lagi. Alah, zaman sekolah. Tapi tu di awal² saja. Biasalah, tak kira zaman mana pun kita berada, perkara sedemikian adalah normal bukan? Perempuan. Ya, aku tak maksudkan semua perempuan. Bila sudah mula sayang orang, semua benda jadi manis. Ah! Tapi disebalik bahagianya perasaan tu, kau sendiri tahu pasti ada sedihnya. Lama aku tunggu sebab dia hanya berdiam diri selama beberapa bulan. Alasan? Handphone, ayah dia pegang sampai habis major exam. Ok, aku terima alasan itu. 5 hari lagi sebelum mencecah setahun, dia hubungi aku. Beberapa jam selepas itu, dia pergi. Ya, pergi dari hidup aku. Insomnia. Ya, dia ada penyakit itu. Seminggu sebelum itu, dia pengsan. Bila jumpa doktor, doktor beritahu dia cuma ada 2 bulan untuk hidup. Kau bayangkan apa perasaan aku bila orang yang kau sayang kata hal sedemikian kepada kau. Happy? Nahh.. Aku tak rasa macam tu. Kau bayangkan betapa luluhnya hati aku bila penantian aku bukan seperti diharapkan. Aku murung. Hilang semangat untuk diri sendiri hidup. Lama juga aku tak jadi diri sendiri. Betul, aku rasa aku sudah tak mampu berdiri. 

Setahun berlalu dalam diam. Satu hari, dia hubungi aku. Alhamdulillah. Dia masih hidup. Harap² gembira.
Cuma aku terkilan kan sesuatu. Ouh, si dia sudah mempunyai pengganti aku. Sayu lagi melihat gambar si dia dengan seorang gadis lain begitu mesra bersama di laman sosial beliau. Tapi kenapa..? Hati aku terus menerus bertanya. Kenapa? Namun, aku tak meminta jawapan. Biarlah. Hati aku terlalu lemah untuk meminta penjelasan. Aku cuma doakan dia yang terbaik. Moga lebih gembira disamping orang yang baru hadir. Aku cuba tersenyum. Hari² mendera diri dengan menatap gambar mereka. Puas hati? Ya, kerana aku belajar terima kenyataan setiap hari.

Cerita kedua.
Kali ini cinta yang kedua. Bermula di zaman sekolah, tapi bukan di sekolah ya. Ingat lagi cerita diatas? Hati aku pernah luluh, berkecai, kecewa. Kau sudah tahu sekarang, bukan? Kisah lama mengajar aku untuk tidak terlalu menyayangi seseorang. Maka kali ini, aku lebih kepada flow berbanding perancangan. Semua berjalan dengan lancar dan si dia juga tahu hati aku masih belum cukup kental dan yakin bulat² pada perkara sebegini. Diberinya aku masa. Ya, dia cukup kenal aku. Tapi.. sudah hampir 5 tahun hubungan itu ada, terputus juga. Jangan tanya aku kenapa. Aku belum pasti sebab sebenar hingga ke hari ini. Betul.

Hampir setengah tahun, si dia berikan aku berita tentang hubungan barunya. Aku cuba senyum. Seminggu juga aku dalam kesedihan. 5 tahun bersama. 
*kalau kawin, sudah boleh ada 5 anak. Maaf, aku mengarut sebentar. T__T*
Tapi.. Kurang setengah tahun sudah ada yang mampu menggantikan aku. Aku tak salahkan dia. Dia sendiri cakap, jarak itu masalah kita. Ya, aku tahu dia jauh dari aku. Sangat jauh. Tak mengapalah. Lama² aku belajar untuk survive sendiri. I've been there, remember?

Ada lagi kisah selepas itu. Tapi.. Ahh.. Kenangan.. Biarlah berlalu ditiup angin masa depan. Biarlah.


Sekarang?
Aku tak berani nak cerita apa². Aku cuba letakkan diri serendah yang boleh. Dan maaf, aku lebih low profile kali ini. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Kalau durian berbuah banyak kali aku tak kisah. Boleh buat jual. Setidaknya boleh sara diri. Huu~ *iklan* Tapi apa pun yang bakal terjadi, mungkin aku dah lebih dari bersedia. Sedangkan orang yang kawin bertahun-tahun, beranak-pinak boleh terpisah, ini kan pula hubungan sebegini. Ramai orang suka cakap macam tu. Cuma.. Ya, aku serius bila berada dalam hubungan seperti ini kerana aku sukar meletakkan diri dalam posisi itu. Tapi kalau tiada jodoh juga, redha. Walaupun aku belum cukup kuat, aku akan sentiasa belajar. Dan ya, aku lebih berhati-hati. Masa akan tentukan. Cuma satu, jangan tafsir senyuman aku dengan kegembiraan sahaja. Aku boleh jadi manusia yang paling banyak senyum dalam dunia tapi.. Aku tahu kau mengerti.

Fza.Ibrahim

Hidup.
Aku akan terus belajar tentang hidup. Betul, aku mahu berada di jalan yang betul untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Aku,
Fza.Ibrahim

P/s: Entry macam org kecewa je. Adeh. Huu~