Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, August 16, 2010

Hye, saya Fza.Ibrahim. Huu~


Baiklah! Baiklah! Baiklah!
Mode melankolik sudah berlalu. Kita jadi seperti biasa sekarang ya.
Ok, sekarang sedang fikir idea. Brrrrrr~ T___T

Hari ni aku kuat berangan. Dalam kelas, dalam toilet, atas tilam.. Ehh? Haaa.. Apa kau fikir ni ha? Tak puasa ka? Ngeh ngeh. Tolonglahh.. Kau jangan salah faham. Tadi aku bersiap untuk ke kelas di atas tilam. Masa itu lah aku berangan juga. Jadi tolonglah jangan fikir bukan². Tolonglah.. *Ok,Fza. Cukup. Annoying weh!* Hoho.
Cadangnya tidak mahu ke kelas 8 pagi ini. *kantoi* Sudah beritahu housemate, maka beliau ke kelas tanpa aku. Tiba² tepat jam 810pagi, dapat mesej. Ya, si buncit mesej.

"Weh, aku pegi kelas. Bawak journal.."
Huuu~ T________T

Aik? Tiba²? Semalam dia kata tak mahu ke kelas. Cepat² bangun dan bersiap. Terpaksa buat muka pasrah untuk paksa diri ke kelas jua. Nasib baik aku sudah mandi awal² pagi tadi. 5 minit sudah siap. Tadaaaa!! Ok, tipu. 10 minit baru siap. Ngee.. Tidak mengapalah. Housemate aku yang lain course nya menghantar aku ke kampus dengan kadar yang segera. Ya, SEGERA! Maksud aku dengan kelajuan 40km/jam, bermuka selamba-seperti-mahu-bawak-anak-b'siar²-petang² hari. Comel en? Hoho. Tape, terima kasih sudah hantar ya housemate. Nanti belanja kau air batu untuk berbuka hari ini. T__T.
830pagi baru sampai kelas. Sudah lah tiba lambat, takut pula mahu masuk ke kelas. Tunggu lagi 5 minit di luar pintu. HAHA. Kemudian, si buncit keluar dan selamatkan aku.
*padahal die tengah on the phone. Jadi terpaksa keluar. konon² selamatkan la sgt. Huu~*

Selesai kelas yang berjaya buat aku berangan macam², akhirnya aku ke library. Baca journal untuk research sikit, selebihnya baki untuk tidur. Hoooo~ :D
Dan lima-belas-minit untuk menaip entry sekarang ni. Ya, yang kau sedang baca ni. Huu~

Baiklah.
Berhenti disini sahaja. Nanti update lagi. Harus paksa diri buat assignment sedikit.
Paksa diri! Paksa diri! T_____T
bye.