Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, August 20, 2010

Heyyyy! Futsal!


Jeng jeng jeng!!


Malam tadi, Amal telefon aku.

"Weh, futsal jom ramai²!"
"Woah, sape lagi pergi?"
"Aku ajak semua la. Ala, jom la g ramai². Baru meriah.."
"Pukul berapa?"
"11 la. Aku dah cakap kat semua"
"Tgk lah cmne kang. InsyaAllah aku pergi ok?"
"Okeh!"

Sekejap je aku fikir. Then terus tanya member² yang lain. Apa lagi en, JADI TERUS! Memandangkan last aku main futsal masa kat Shah Alam dulu, then training pun aku dah lama tak join. Fitness semakin tiada. Stamina masih banyak tapi lemak sudah top-up banyak. Damn. HAHA. So, jam 10.20 malam gerak. 4 kereta semuanya kami pergi. Dah kawtim semua, masing² nek kereta yang telah ditetapkan. Tiba² dikejutkan berita. Aish! Kereta Jue punya cermin depan retak semua. Gila! Terkena batu yang jatuh dari lori kat depan diorg time on the way. Aku naik kereta lain, jadi tiada bukti dapat ditunjukkan dalam bentuk gambar untuk kau sekalian. Huu~

Kitorang tunggu kat meeting point dan tunggu hal kereta Jue setel. Dah selesai semua, terus gerak ke tempat yang dijanjikan jam 12am. Ya! Ke tempat yang kau lihat digambar atas tadi. Huu~
Baiklah. Mari aku tunjuk kat kau semua gambar. Sambil ithu aku bercerita ya? =)


Ini part of guys' team. Prepare untuk masuk ke gelanggang. 
Gila pro diorang main. Hoho.

Ini part of girls' team.
*Kami main banyak dan lebih banyak bergambar dari bakar lemak. haha.*

Tadaaaa! Ya, team kami comel. haha.

Aku tatawu sape yang susun capal² ni tapi comel gila. Sukaaaaa!
*buat mata bulat macam spongebob kat kau. HAHAHA*

Jerit je lebih. Guys je banyak lari. Miahahaa.

Gadis² futsal. Ohoooooo~ Wiwit!
Semua dah berpunya. Jangan mimpi kau nak nomor mereka. HAHA

PICTURE OF THE DAY!

Suka shot ini. wink wink.

Hah! Kau dah tengok semua bukan? Seronok. Kami sewa 2 jam court tu. Peh, still tak puas. Dalam 220am baru gerak pulang. Then, before pulang pergi singgah Pelita makan roti canai. Konon² sahur. Haha. Pasthu terus gerak pulang terus ke rumah.

The best part is, aku taley tdo sampai pagi sebab badan segar gila!!
Adeh! T___T
Ok, ithu sahaja untuk malam tadi. 
Sekian, terima kasih.