Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, August 11, 2010

Experience is not experiment.


Setelah beberapa hari bertapa di gurun Sahara, saya kembali semula.
Tiada apa yang menarek disana, jadi saya pun pulang ke tanah air. 
Hye tanah! Hye air! Saya sudah kembali. wink wink. T__T

Memandangkan sekarang saya ada di rumah, seperti biasalah harus tolong menolong.
Dah 3 tahun saya memulakan ibadah puasa pertama di kampus sahaja. Tahun ini lebih special lah kerana akhirnya tahun yang ke 4, dapat juga berpuasa pada hari pertama di rumah. Senyum.
Saya sampai di rumah semalam dengan dihantar oleh manusia bernama Liyana Aqilah bersama adiknya, Akym bersama cik Faezah, sahabat si Liyana Aqilah. Sudah datang jauh² UUM, mereka singgah di tempat saya lalu membawa saya pulang ke tanah air.
 *bajet jauh sgt. HAHA*
Walaubagaimanapun, terima kasih ya kepada kalian.

Baiklah.
Isu yang akan saya bincangkan hari ini adalah isu tentang pengalaman hari ini. Memandangkan abah dan mak saya mempunyai urusan yang harus mereka selesaikan, abah menugaskan saya untuk menemani Tokwan saya untuk berjumpa dengan doktor kerana beliau mempunyai temu janji. Tepat jam 7 pagi, saya keluar dari rumah dengan muka yang sangat mengantuk. Ouh, mahu pergi mengambil tokwan. Tidak mengapa, saya kuatkan juga semangat mahu menemani tokwan. Huu~ Setibanya kami ke hospital, saya memimpin tokwan yang kacak-bergaya terus ke ruangan menunggu. Terus, tokwan dipelawa  saya untuk duduk sementara saya ke kaunter.
*ye, saya harus ambilkan nombor, bukan mahu menampar muka nurse di kaunter ya. Huu~*

Urusan tokwan pagi ini saya uruskan dengan berhati-hati kerana saya belum pernah mempunyai pengalaman seperti ini. Sebenarnya, tokwan sering ditemani oleh Pak Ngah ketika pergi ke medical check-up. Namun, memandangkan Pak Ngah pergi membuat umrah, saya pula yang menggantikan beliau kerana kebetulan saya pulang cuti hari ini. Maaf doktor kerana banyak soalan yang anda tanya pada saya tadi kurang memberansangkan jawapannya. Betul, saya memang tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Huu~ Unit MOPD, maafkan saya. T__T

Selesai urusan itu, saya membawa tokwan ke kereta kerana mak baru sahaja tiba untuk mengambil kami pulang. Walaubagaimanapun, saya harus ke kaunter semula untuk mendapatkan tarikh janji temu yang baru. Kemudian terus ke unit SOPD untuk meminta pendapat doktor sama ada tarikh perjumpaan doktor psikiatrik bersama tokwan saya harus di percepatkan. Selesai semua, saya ambilkan ubat untuk tokwan. Waahhh.. Baru lah kemudiannya saya pulang ke kereta untuk berlalu pergi dari kawasan hospital. Banyaknya perkara yang saya belajar hari ini. Hey, saya suka lah! =)

Harap² bila saya perlukan bantuan kelak, ada orang yang membantu saya.
Ouh ya!
Tokwan, harap² apa yang Fza tolong tokwan ni akan buat tokwan gembira juga ya. Seronok dapat luang masa untuk membantu tokwan. 
Sekian.