Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, July 29, 2010

Demam dan aku. Huhu~


Tadaaaaa!
Sudah rindu aku atau belum? Cepat cakap 
"saya sgt rindu awak, Fza!"
*sedang paksa kau. Grr~*

Sudah 2 hari tidak update blog. Ye, sekarang baru mahu beritahu. Aku demam lah. 2 minggu lepas demam yg light² comel saje. Tapi kali ni EXTREME PUNYA
*Waaahh.. Cepat lah impress smbil buat muka anime comel. Huhu.* 

Baiklah, mari kita mulakan cerita.

Tepat jam 12 semalam, satu²nya kelas yg ada sudah pun tamat. Jadi, aku pun pulang ke rumah bersama classmate - dlm masa yg sama housemate aku. Ok². Setibanya kami di rumah, housemate menyatakan hasratnya mahu membeli barang² yg 'penting' buatnya maka aku memberi cadangan utk ke bandar sahaja untuk memenuhi 'demand' beliaw. Muka seperti tidak percaya di hadiahkan kepada aku lalu selang 10 minit selepas smpai ke rumah, kami pun bergerak ke bandar. Bukan main lagi merempit. Aku duduk belakang je la. Kan aku princess? Haha. ok, perasan. T__T

Setibanya di bandar, kami beronggeng saja lah. Aku membontoti beliaw kemana sahaja kerana tiada apa yang mahu di beli dari pihak aku. Cewah. HAHA. Selang beberapa minit, baru aku perasan sesuatu. Ouh, otot² ku. Bukan kah malam sebelumnya aku ke training? Ya, training yang sudah dua semester aku tinggalkan. Maka apabila tiba² b'training, sudah pastilah badan sakit² segala. Ye, maksud aku seluruh badan. Wuhuhu~ Baik, tidak mengapalah. Kami teruskan misi mencari barang beliaw. Dalam beberapa minit selepas ithu, tiba² rasa seperti mahu pitam. Aaaaaaaaaaaaaaa.. Mungkin aku tak cukup tidur. Ithu apa yang hati aku kata la. Aku gagahkan juga langkah kaki. Sampai satu tahap, aku dah tak mampu nak bertahan. Tangan roomate dicapai lalu di letak ke dahi aku. Waaaaaaaaahh.. Saya di sahkan demam. Ah, mungkin ithu cuma ilusi, kata hati ni. Housemate bertanya jika aku mahu pulang terus atau masih boleh bertahan. Aku gagahkan diri 

"Tape, masih ok. Beli la barang tu dulu.."
*smbil senyum utk meyakinkan yang aku ok*

Jalan² lagi. Sampai la satu tahap tak larat, aku ajak dia ke Watsons. 

"Kak, coolfever kat mana ya?"

Dengan muka blur², die tunjuk coolfever yang sebenarnya cuma tepi kaunter je. T__T
Aku grab air cap badak dan panadol soluble lalu bayar dan pergi dari pandangan cashier tersebut. Yela, coolfever tu aku x beli pun. HAHA.

Setibanya di rumah, aku terus baring dan tertidur sebentar. Handphone berbunyi. Ouh, bisness time. Tepat pada masanya, Gen-2 hitam tiba dirumah dan terus ke OldTown.
*pekerja OldTown pun dah naik menyampah tgk muka kami. HAHA*
Potential prospect juga sudah ada maka bisness pun berjalan. Setelah selesai 2 jam setengah, kami pulang. Waaahh, rasa puas di hati kerana dapat buat 'closing'. Harap² berjaya lah. =)
Pulang saja rumah, memang aku terus tidur. Langsung x larat. Panadol telan 2 biji dulu sebelum tu dan terus tak dapat nak bangun dah. Kepala berdenyut gila² punya memang tak payah cakap lah. Urat² di kepala pun boleh rasa dan nampak dengan jelasnya. Waahh.. Demam teruk rupanya kali ini.

Jam 12am, aku terjaga. Badan sangat berpeluh kerana kipas d'off kan. Kemudian, kirim mesej pada beberapa orang namun tidak berbalas. Tidak mengapalah. Aku sambung tidur kembali. Rasionalnya? Kepala masih pening dan tak bermaya. zzzZzzzz..

Esoknya.
*maksud aku hari ni la. Huuu~*
Kelas aku sepatutnya bermula jam 10 pagi. Housemate sudah dipesan utk kejutkan aku sejam sebelum kelas. Almaklumlah, bendera merah. Lalala~ Jadi, tepat jam 9 pagi, pintu bilik aku diketuk berkali². Aku jadi bengang lalu aku capai tukul di belakang pintu dan campak di mukanya sejurus pintu dibuka.
*ok, sila jangan percaya. Ini fiksyen ye. FIKSYEN!*
Aku katakan pada beliaw, mungkin aku tak ke kelas sebentar lagi. Dengan muka annoyed, beliaw berlalu.
*tataw la muka sebenar dia macam mana masa tu. Pintu pun aku x larat nak bukak. Huhu~*
930am, aku beri semangat pada diri sendiri.

"Come on Fza! You can do it!! Ayuh ke kelas!"

Selepas beberapa kali memujuk diri, aku berjaya bangun dan berdiri. Terus saja ke bathroom dan selesaikan apa yang patut. Heee~
Ouh, betul tu. Aku berjaya ke kelas juga hari ni.
*cepat lah buat muka terharu. wuu~*
Kelas pagi berlangsung dengan baik walaupun terlewat masuk kelas 10minit. Nasib baik lecturer ni jenis tak kisah. Selesai saja kelas pada jam 12pm, housemate bawak ke Unit Kesihatan. Ubat diberi punya lah banyak. Juga dapat MC 1 hari walaupun tanpa meminta.
*aku assume demam aku ni teruk lah ye. Bukan senang nak mintak MC kat unit kesihatan tu*
Terus bergerak ke rumah, kelas jam 4 tidak dihadiri atas dasar MC. Namun bukan di rumah aku tempat kan diri petang tadi. Ada la sedikit hal bersama beberapa orang classmates tadi. Mereka tidak ambil subjek Mandarin, jadi kelas mereka tiada petang tadi. Selesai saja, aku pulang. Ok, aku demam kembali. Suhu sangat² panas. Kak Ngah paksa aku telan panadol 2 biji lagi lalu paksa aku tidur dirumah. Aku mampu pejam dalam sepuluh minit dan feeling better selepas itu. Ni la yang aku buat. Type blog! 

Ye baiklah. Baiklah. Selepas ini aku akan siapkan tutorial kemudian tidur. Ubat selesema sudah di telan bersama air zam² yang kebetulan aku bawa dari rumah minggu lepas. Harap² esok sudah sembuh dengan jaya nya. Nasib baik meeting untuk program minggu ni batal. 

Ouh, ya.
I'll be away for 3 days ya. Nanti dah pulang aku cerita lah ya. Nite.
Tidur dulu.

Nota kaki:
Thanks mom for calling me several times today.
Kepada sis juga. Saya sayang kamu. =)