Quote of the Day:

"God always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, May 27, 2012

Bukan.

Bukan keliru tetapi kurang memahami.
Bukan cedera tetapi memperbaiki.
Bukan terpesong tetapi mencari arah.
Bukan ungu lagi tetapi merah.
Bukan hilang tetapi masih menyelongkar.
Bukan indah tetapi sedang gementar.
Bukan aneh tetapi..
Hidup, sebenarnya kau ini bagaimana?

Thursday, May 10, 2012

Overdose.

Ada manusia suka bercerita mengikut kehendak nafsu dan perasaan sendiri. Tapi pernah kah fikirkan dahulu kesahihan fakta itu? Tercipta pula sebaran cerita yang meluas tentang kebaikannya sendiri dan keburukan orang lain secara umumnya. Lincahnya, jalan penceritaan konon telah diaturnya kemas. Diputar belitkan supaya yang benar itu semuanya berpihak pada dirinya. Disudut lain sebalik taburan kotoran yang diserakkan dipermukaan pemahaman minda orang lain, konon dia datang untuk berusaha menjernihkan keadaan kembali. Tapi itulah.. Bukannya terlambat kala itu tetapi terlalu sakit untuk dipulihkan secara drastik. Pemilihan method yang salah adalah dengan jelasnya tidak akan berkesan. Pemulihan perlu dilakukan dengan perlahan dan sabar. Kalau kau sakit dan kau telan pula 10 biji paracetamol lalu berharap kau akan pulih dengan serta merta, kau silap.
Logiknya, kau akan overdose dan keadaan diri kau akan lebih parah. Mungkin juga mati? Ya, itu logiknya.

Kalau kau buat silap, mohon maaf dan jangan ulangi. Bukan minta maaf dan buat benda yang sama atau lebih teruk. Tiada keikhlasan dan kesungguhan kelihatannya. Mungkin kau tidak sedar orang lain memerhati dan tahu keadaan sebenarnya. Sebab itu kau lagi lincah. 
Kalau kau tak tahu tentang apa yang sedang berlaku, jangan jadi bodoh sombong untuk tunjukkan kau tahu semuanya. Itu adalah KURANG BIJAK. Jangan okay?
Aku ada masa depan untuk dituju. Jadi jangan buang masa kau mencari salah.
Terima kasih. :)

Tuesday, May 01, 2012

Matlamat.

Semua orang ada matlamat akhir yang sama tapi cara berbeza-beza.
Ada yang cuba mendapatkannya dengan cara membalas dendam. Mungkin secara tidak sedar.
Ada pula yang cuma menurut hukum alam. Tapi pengakhirannya dia tenggelam dan hilang dalam impian yang tidak berkesampaian.
Tak kurang juga ada yang merangkul apa sahaja peluang yang ada hingga akhirnya berciciran semuanya. Akhirnya satu apa tidak diperolehinya.

Kita diberi peluang untuk hidup setiap hari untuk memperbaiki diri.
Bila ada penyesalan, kita seharusnya cuba untuk menjadi yang terbaik. Tapi itu lah, sayangnya tak semua benda kita boleh dapatkan kembali selepas kita lepaskan. Kadang-kadang kita tidak berfikir sebelum bertindak. Bila sesuatu yang buruk berlaku baru mula kita mahu sedar dan itu semua mungkin sudah terlambat.
Allah itu ada. Dia yang tentukan semuanya. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah berserah dan berusaha untuk jadi yang lebih baik. Sebab kita tahu, setiap yang Dia tentukan adalah untuk kita berfikir dan sedar kesilapan kita. Memang, Dia boleh beri kita kehidupan yang sempurna tetapi bukankah manusia ini mudah lupa?

Jangan keliru dengan hukum alam. Kelak kita menindas diri secara tidak sengaja.

Tuesday, April 17, 2012

Jiwa.

Ada seorang gadis yang tiap hari Isnin hingga Jumaat akan menuruni tangga di sebuah bangunan besar dari arah kiri ke kanan dari anak tangga paling atas hingga lah ke anak tangga yang terakhir.
Emosinya pernah dihentak, dibaling, dipijak, semuanya lah pernah. Dia pernah juga menangis untuk mengisi masa lapang yang kosong dengan kesedihan. Nasib diri diratapi kerana berfikiran bahawa diri sendiri tidak pernah diadili dengan sempurna. Aku kira itu cuma salah faham yang dia cipta dengan emosi yang kurang rasional. Cuma alasan untuk tidak meneruskan misi ke masa hadapan seperti yang telah dirangkanya.

Puluhan hari dia mula belajar menggunakan hati untuk melihat setiap perkara dalam diri dan sekeliling. Setiap detik itu juga, ada banyak perkara di dalam dunia ini yang amat dikaguminya. Rapat-rapat, mata sentiasa dia pastikan untuk dijauhi cecair jernih itu bila tidak ada keperluannya. Dicubanya kini untuk mengisi kembali jiwa yang pernah kosong itu dengan sesuatu yang indah dan bahagia. Emosi cuba distabilkannya kembali. Bagi dia, apalah gunanya melayan luka dan kepedihan hidup sedangkan banyak lagi perkara indah didalam dunia ini untuk dinikmati dan dikagumi. Tidak perlu membuang waktu dengan cara itu.

Semalam dia berjalan menuju ke arah cahaya lutsinar untuk ke masa hadapan.
Playlist lama simpanannya sudah dibuang semua. Kini sudah dia gantikan dengan yang baru keseluruhannya. Rasa hidup kembali. Lega. Cukup lega.
Fikiran yang tercemar dia adukan pada Tuhan yang maha Esa. InsyaAllah, hajatnya pasti akan tertunai kelak.

Doa diteruskan tanpa henti.

Sunday, March 25, 2012

Kiraan.

"Satu, dua, tiga, lima, sembilan, tujuh, empat, tujuh, empat, sepuluhhhh!"
Tersenyum. 

Ada seorang kanak-kanak perempuan duduk di atas riba ayahnya sambil membelek pipi dan mengira saat lelaki itu menanti tiba giliran untuk ke kaunter. Ah, comel. Cuba mengira tapi habis tunggang terbalik. Bagi kanak-kanak seusia itu, yang penting adalah, permulaan dan pengakhirannya mesti betul - nombor satu diawal dan nombor sepuluh mestilah diakhir. Apa yang disebut ditengah tidak dia tahu betul atau tidak. Aku perhatikan lama-lama sambil tersenyum.

Tiba-tiba minda terfikirkan tentang hidup lagi. Sebenarnya begitu jugalah kita menjalani kehidupan masing-masing. Permulaannya adalah kelahiran dan pengakhirannya pasti kematian. Apa yang berlaku ditengah-tengah keduanya tadi adalah seperti kiraan tadi. Ada itu ini suka duka terjadi dalam hidup. Walaubagaimanapun, permulaan dan pengakhirannya kita tetap juga masih sama - kelahiran dan kematian.

Selesai urusan kaunter, aku perlahan-lahan bergerak menuju ke pintu keluar. Tapi telinga dapat mendengar jelas lagi dari tepi. Masih.

"Ayah, kenapa semut tak ada kaki dua macam kita?"
"Sebab semut rajin bekerja. Perlu banyak kaki untuk pergi sini sana"
"Tapi kenapa gajah ada kaki empat?"
"Sebab gajah berat. Kena banyak kaki untuk tanggung badan nak berjalan. Kan gajah besar.." 
"Tapi semut kecik. Kenapa ada kaki enam?"

Lelaki itu diam. Kemudian ada hilai tawa.
"Eeeee.. Bijaknya anak ayah ni. Mari sini nak geletek!"

Aku senyum dan berlalu. Dua minit kemudian, aku dialam nyata kembali.
Ah, aku berimaginasi lagi rupanya.
Tapi benarkan, hidup memang begitu?
Twisted disini sana. Tapi permulaan dan pengakhirannya takkan pernah berubah.
Senyum lagi.

Friday, March 16, 2012

Definisi.

Mahu atau tidak, selalunya kita tidak punya banyak pilihan untuk diri sendiri. Kalau ada pun, pasti akan ada dua porsi terjadi. Ada masanya, aku terpaksa mendiskriminasikan hak sendiri untuk orang lain - kasihan diri yang selalu ditindas oleh diri sendiri.

Apa itu kebahagiaan?

Definisi aku mudah. Selagi mampu buat aku tersenyum dan rasa dihargai, itulah kebahagiaan buat aku. Dan jika itu tidak berlaku?
Tak mengapalah. Bukankah aku hanya seorang manusia? Aku belajar untuk berdiri diatas kaki sendiri setelah sekian lama. Biarlah lembut dan rapuh bagaimanapun hati aku, disudut lain, aku sentiasa ajarkan ia erti tabah dan sabar. Ini bukan penipuan tapi sesuatu yang benar. Tiada gunanya aku hilang sabar dan lemparkan sesuka hati. Akhirnya diri aku sendiri yang rugi, bukan?
Benarlah kata orang, bila kita sudah belajar untuk berdikari sendiri, pemikiran kita akan lebih matang. Aras kerasionaliti itu akan sendirinya melonjak naik. Sebab kita sudah lihat dan rasai apa impak untuk sesuatu tindakan.

Dan pada pandangan aku sendiri, manusia secara lumrahnya terlalu sibuk mencemburui kehidupan orang lain sedangkan kita boleh cipta yang lebih indah dengan cara kita sendiri. Jangan pula masa depan sendiri dilelong pada kenangan lampau. Bagaimana baru boleh kita bergerak maju kehadapan dengan lebih yakin, positif dan tenang? Aku sendiri tak mahu menghantui minda dengan perkara yang membangkitkan kemarahan dan kesedihan hati. Jadi biarkan lah. Bina yang baru. Start again. 
Don't waste our time to keep holding on something sad too long if we can actually start something new with more happiness and laughter.
 
Bahagia itu ada dimana-mana.
Jangan hanya menunggu.
C A R I = Cari. 

Thursday, March 15, 2012

Nilai.

Tidak banyak perkara tentang diri sendiri yang perlu diceritakan kepada semua orang secara terang-terangan. Ini termasuk juga tentang keadaan jiwa dan minda. Manusia secara lumrahnya memang tercipta dengan perasaan ingin tahu, ingin mencuba, ingin ini, ingin itu dan untuk meletakkan konklusi, semuanya di dalam dunia ini, selagi termampu dan terbentang luas peluangnya, ingin dicuba. Ada juga yang dicuba secara tidak sengaja tetapi hasilnya memberansangkan.

Ada perkara yang dari mula sudah kita tahu bagaimana penamatnya.Sudah menjadi kebiasaan bilamana dalam hidup ini ada dua bahagian untuk kebanyakan perkara. Bila ada gembira, ada lah juga sedihnya. Hitam dan putih, Tawa dan tangisan. Sayang dan benci. Siang dan malam. Hidup dan mati. Barangkali sukar untuk kita kekalkan sesuatu itu. Bangun dan jatuh juga adalah biasa. 

Aku akui, untuk cuba mempertahankan pendirian diri dan menjelaskan sesuatu keadaan adalah teramat sukar bagi seseorang. Justeru, bagaimana bagusnya kita dalam sesuatu, silakan merendah diri. Tiada gunanya beriak sini sana tentang kehebatan itu sedangkan pada mata orang lain, yang riak itu lebih dominan. Akhirnya disisih dan dibenci. Bagaimana pula penyesalan dapat membantu untuk memperbetulkan keadaan? Sukar bukan? Mungkin, hari ini kita amat disukai dan dipuja. Esok, lusa bagaimana? Saat diri sudah mula menimbulkan kebosanan pada orang lain pula bagaimana? Fikirkan lah. Ya, fikir dalam-dalam.
Ini contoh.
Jumlah yang sama tapi nilainya sudah lain dulu dan sekarang.
Fikir lagi.

Monday, March 12, 2012

Never.

Ini simbolik jiwa. 
Dan aku? Aku harus pantas berlari menuju masa depan. 

Saturday, February 04, 2012

Tersembunyi.

Lampu berkelip-kelip seolah-oleh terbakar fiusnya. Ada pepatung kecil cuba bermain-main dengan cahaya. Sesekali terdengar bunyi kecil bila ia berlanggar dengan mentolnya. Dibawah cahaya kelip-kelipan pula ada seseorang duduk menundukkan kepala sambil berdiam diri sambil merenung kembali setiap apa yang sudah dilaluinya didalam hidup. Sudah senang banyak yang dilaluinya sendirian. Tentang apa yang perlu dia telan dan hadamkan walaupun rasanya sangat pahit dan kurang menyenangkan. Teguh dan cekal, itu yang terpaksa dia lakukan untuk teruskan kehidupan.
Manusia memerhati, melihat dan menilai jauh dari apa yang sebenarnya sudah berlaku. Sempurna, itu yang mereka fikirkan. Tersenyum diluar dia mendengar, belajar untuk lebih tabah didalamnya pula. Tak perlu dia ceritakan semuanya, tak perlu dia jaja semuanya. Itu kisah dia, cukup dia sahaja yang simpan.
Susah senang, sakit sihat dia cuma dia yang tahu. Ada yang cuba menganggap dia baik-baik sahaja setiap masa kerana sentiasa ada senyuman dan tawa di riak wajahnya. Wajarlah jika mereka-mereka mengatakan dia tidak punya masalah yang berat. Cuma.. Mereka lupa sesuatu.

Ada coretan dalam diri yang hanya kita sahaja tahu.

Thursday, January 26, 2012

Sesuatu.


"Dan aku tak mampu untuk membahaskan itu lagi.."

Tuesday, January 24, 2012

Biar.


Langit, jangan mendung selalu. Biar ada ruang untuk matahari menunjukkan sinar.
Malam, jangan kelam selalu. Biar ada bulan, ada sedikit cahaya.
Manusia, jangan menyakiti selalu. Biar ada peluang untuk yang lain gembira.

Hati, jangan belajar meragui selalu.
Biar ada percaya, harus yakin sentiasa.

InsyaAllah.

Wednesday, January 04, 2012

Chosen.

Lima belas minit aku pejam mata. Tenang sebentar. Ada suara yang terngiang di dalam minda. Aku diam dan dengarkan dengan teliti. Sesekali aku letakkan tapak tangan di dada dan senyum. Otak ligat mencari kembali gambaran lama. Tentang apa yang selalu tercari-cari. Tentang apa yang aku selalu inginkan. Aku kini percaya bahawa mimpi dan impian kita boleh jadi kenyataan bila kita selalu percaya dan tidak mudah putus asa. Sabar itu senjata. Komunikasi itu medium yang penting. Kalau kau mahukan sesuatu itu sentiasa mengikut cara kau, itu silap. Sebab hidup perlukan toleransi. Ego itu pemusnah senyuman. Aku sudah belajar itu. Berkali-kali. Kali ini, aku mahu lekatkan di dalam otak. Jangan lalai lagi, jangan terlupa lagi. Akibatnya kelak sudah aku tahu. Tak, aku tak mahu ulangi kesilapan yang sama. 

Sekarang? Aku sudah pilih apa yang aku mahu. Ya, aku mahu berpegang teguh pada sesuatu itu sebab sekali aku sudah setuju menerima, bermakna aku sudah berjanji untuk menjaganya. Kenapa? Sebab aku sukar menerima sesuatu. Sebab aku ini jenisnya paranoid. Tidak mudah mempercayai sesuatu. Tapi bila aku sudah membuat keputusan terhadap sesuatu, bermakna benteng itu sudah perlahan-lahan aku longgarkan. Kelak aku akan tahu dan teroka apa yang selebihnya.
Bila kita terus percaya, masanya pasti akan datang.
(Aku jumpa pepatung ni dekat waterfall. Teruja sekejap.) 

Wednesday, December 14, 2011

Bunga dan Lebah.

Ada putik bunga kecil di satu sudut sempit sebuah kotak. 
Sekali sekala, ada sinar matahari memancar padanya. Putik kecil tersenyum memikirkan indahnya bila tiba masanya nanti.
Hari demi hari, setiap saat si putik cuba mengembangkan diri. Tak sabar rasanya mahu cepat membesar.
Tak sabar rasanya mahu menjadi indah dan cantik.
'Biar banyak lebah yang hinggap kelak', katanya di dalam hati.
Tiba saatnya, bunga sudah makin mengembang. Semakin mekar. Semakin ceria.
Dalam banyak-banyak lebah yang ada, sudah dipilihnya satu menjadi yang tetap.
 Sang bunga semakin mekar. Masa dinanti sudah tiba. Tersenyum bunga yang pernah menjadi putik kecil tadi sendirian.


Ok. Sudah boleh mengira dari nombor sepuluh ke satu bermula hari ini.

Monday, December 05, 2011

Semut Kecil.

Aku lihat ada semut kecil di atas dinding. Aku tenung diam-diam rupa si kecil itu. Lama aku berfikir.
36-29-36. Ahh, mana mungkin. Aku buat perkiraan yang salah. Aku pasti. Aku senyum, aku pejam mata dan cuba melihat bayangan hari esok. Aku nampak masa depan. Kemudian aku angkat tangan dan tangan itu sengaja aku letakkan di depan semut kecil. Laju ia meniti diatas jari jemari aku hingga ia lepas ke seberang sana. Comel. Aku senyum lagi. Boleh kah aku menyeberang dari hidup aku kini ke masa hadapan semudah itu?

Makhluk kecil itu aku perhati lagi. Kelihatan lemah dan naif. Dalam beberapa saat, aku siap membuat bulatan air disekeliling ia. Ya, bulatan kecil. Sebesar koin dua puluh sen. Semakin lama semakin kecil aku jadikan ia. Bijak. Aku nampak ia cuba memanjat untuk menyeberang lagi. Aku tenung dan belajar dari gerak geri si kecil. Terpandangkan sesungutnya, aku cuba berfikir lagi. Beberapa saat, ia sudah berada diluar bulatan. Ya, kalau ia mampu menyeberang, mengapa tidak aku?
Mana mungkin ia mustahil bukan?
Ia kecil. Ia comel. Ia kelihatan lemah. Namun jangan sekali dipandang rendah.
Tak mustahil. Aku juga mampu.

Sedikit lari topik. Tapi aku mahukan ini sekarang. Huu.

Saturday, November 26, 2011

Nukleus.

Aku perhati awan indah semalam. Luas terbentang langit nun di atas. 
Baru aku sedar betapa lamanya aku tidak memerhati semua itu. Aku kagum dengan kejadian ciptaan indah seperti itu. Kenapa kita selalu lupa apa yang kita pernah rasa tentang sesuatu yang kita sudah lama ada? Bagaimana rasanya dahulu saat pertama kali kita rasa gembira akan sesuatu perkara, kenapa kini kita lupa? Hanya kerana kita rasa bangga kerana memiliki sesuatu yang indah dimata orang lain? Kenapa? 


Perempuan. Lelaki. Kedua-duanya serupa. Hanya jantina dan fizikal yang membezakan. 
Terkial-kial mahukan semua perkara. Tapi tak pernah rasa mahu menghargai. Umpama kanak-kanak kecil yang mahukan sesuatu. Bila dihulurkan permainan kesukaan, dicampak, dibaling, dirosakkan dan kemudian mahukan yang baru. Menangis bila tidak dipenuhi permintaannya. Familiar?? Similar?? 


Dan kau. Sekali sekala, aku tahu kau ada berkunjung kemari.